Ramai orang tidak tahu membina kerjayanya sendiri..tetapi lebih cenderung untuk mencari pekerjaan yang disediakan orang lain sebagai kerjaya.
Ini kerana mentaliti yang tertanam sejak kecil bahawa belajar tinggi-tinggi agar dapat mencari pekerjaan yang bagus. Bagus di sini dengan pelbagai persepsi..bagus di segi gaji yang dibayar, bagus di segi fasiliti yang disediakan, bagus di segi jaminan hari tua seperti skim pencen, dan mungkin kerana bagus dengan namanya sebagai 'seseorang ....'.:)
Namun, sedar kah kita bahawasanya kita mesti memiliki kerjaya hanya untuk sekadar ada kerja..tetapi bukan untuk membina kerjaya dan pekerjaan yang lebih menguntungkan dan dapat menggapai impian kita. Ramai di kalangan kita masih tidak mencapai sebarang impian hidup sbg org dewasa yang berjaya. Hari-hari bekerja dan dibayar gaji dari awal hingga akhir usia tidak setimpal dengan kemampuan yang sepatutnya. Diusia tua masih tidak mempunyai peluang untuk memiliki pelbagai peluang yang sepatutnya dikecapi..
Kenapa ini terjadi???
Kerana kita sendiri takut untuk membina kerjaya kita sendiri..menjadi bos kepada diri sendiri..menjadi pengurus kepada syarikat sendiri..menjadi pengusaha kepada perniagaan kita sendiri..menulis cek gaji untuk diri sendiri..tetapi kita hanya bergantung dan berharap untuk bekerja untuk orang lain. Ini terjadi kerana kita tidak didedahkan sejak kecil tentang ilmu kewangan..tentang ilmu menjana pendapatan..ilmu mengurus kewangan dan yang berkaitan mencipta kerjaya.
Solusi..
Kita pun mulalah tercari-cari produk untuk dijual untuk mendapatkan pendapatan tambahan kerana kerja yang ada gaji tidak mencukupi. Namun, kita hanya menjual sahaja tanpa ada sistem yang bagus. Ia tidak sepenuh hati..bermusim dan tiada hala tuju.
Di MARY KAY, saya diajar memulakan perniagaan menjual produk kecantikan. Saya diajar tentang produk dan syarikat. Apakah keuntungan yang saya dapat sekiranya saya menjual produknya..kemudian saya juga diajar untuk menjadikan perniagaan saya ini sebagai kerjaya tetap saya. Tiada siapa boleh memberhentikan saya dan saya yang memilih gaji sebanyak mana yang saya inginkan sepanjang tahun dan seumur hidup. Saya yang menentukan bayaran pencen yang dibayar apabila saya berumur 65 tahun nanti.
Di MARY KAY, saya didedahkan tentang pengurusan perniagaan, pengurusan ahli pasukan, pengurusan pelanggan, dan seterusnya pengurusan masa kerja, dan saya juga didedahkan tentang kemahiran berkomunikasi, kemahiran 'coaching', kemahiran memberi motivasi dan kemahiran 'mentoring'.
Bayangkan..sekiranya anda ingin membuka satu perniagaan kecantikan, sudah pastinya memerlukan modal yang besar tetapi dengan kerjaya saya di Mary Kay ini, modal saya sangat rendah. Ia mampu dimulakan oleh semua orang yang berani mengubah hala tuju hidupnya selagi ada usia:)
0 Comments