Alhamdulillah..saya telah memulakan perniagaan kecil-kecilan saya ini sejak tahun 2008. Segalanya bermula dengan impian mencari produk untuk menjaga kulit sendiri. Kemudian saya teruja dengan peluang yang ditawarkan oleh perunding kecantikan saya pada masa itu.

Saya melihat, mendengar, membayangkan, dan merasai peluang yang diberikan itu adalah yang saya pernah juga terlintas untuk melakukannya.

Dengan pengetahuan yang 'zero' tentang kecantikan serta perniagaan..saya memberanikan diri untuk mula menceburinya secara part time.

Saya mengikuti setiap workshop, training,  kelas, sharing session yang dianjurkan syarikat serta senior2 dalam mary kay. Kerana saya sedar bahawa untuk memulakan sesuatu yang kita tak pernah tahu, perlu lah kita pelajarinya sedikit demi sedikit.  Sambil mengorek pengalaman, saya tambahkan dengan ilmu yang saya perlu tahu..tiada perkataan "saya tidak tahu" dalam kamus minda saya.

Produk MARY KAY ini telah membuatkan saya yakin untuk menjadikannya sumber pendapatan saya. Sekarang saya telah melakukan impian saya sepenuh masa..bekerja dari rumah dengan income jauh lebih baik daripada saya makan gaji serta saya lebih banyak masa boleh diluangkan bersama anak2 setelah lebih 5 tahun membina kerjaya ini.

Alhamdulillah..

Semoga Allah memberkati usaha dan impian saya ini..dari tahun ke tahun..impian saya sentiasa diperbaharui dan menjadi lebih realistik untuk impian yang jauh lebih besar..yang mana tidak mungkin saya capai tanpa saya menjadi 'bos' kepada diri saya sendiri..:)

Alhamdulillah..