Hai apa khabar semua? Semoga dalam lindungan rahmat Ilahi. Dengan pelbagai ujian dan dugaan serta kesukaran berikutan cuaca yang mengakibatkan banjir teruk di sebahagian besar Malaysia, diharap kita masih mampu meneruskan kehidupan dengan bantuan Ilahi.
Alhamdulillah...
Hari-hari tetap diteruskan...sampai tiba masa kita dipanggil pulang.
Berbalik kepada cerita kulit kita!
Setiap hari especially wanita, sangat perlukan pencuci kulit muka yang baik agar kebersihan kulit kita tetap terjaga. Tidaklah berminyak dan kusam serta tidak segar! Bila kita kelihatan bersih dan cantik, baru lah orang sekeliling kita dapat sedikit sebanyak aura positif kita untuk menjaga diri ini dgn lebih baik. Terutamanya suami dan anak-anak kita.
Kebersihan diri lambang keimanan kita kepada pencipta dan ia satu ibadah. Pilihlah produk-produk yang betul2 dihasilkan ikhlas untuk tujuan kebersihan dan kecantikan. Bukan sekadar nak mengaut keuntungan dengan produk yang tiada jaminan keselamatan. Sebagai pengguna, kita perlu meneliti terlebih dahulu kesan jangka panjang dan akibat daripada penggunaan yang hanya mengejar hasil yang singkat untuk kelihatan cantik, sehinggakan sanggup menukar sifat kulit semulajadi.
Kulit yang licin, berkilat dan menjadi nipis serta putih akibat bahan yang disapu, boleh mengakibatkan kesan negatif kebiasaannya. So hati-hatilah memilih!
Bukan Harga Yang Menghalang Kita menggunakan yang terbaik TAPI kesan buruk jangka panjang yang kita harus pe
rtimbangkan.




0 Comments