Tingkatkan kemampuan otak..
Sebenarnya kemampuan otak boleh di tingkatkan dengan melakukan beberapa perkara seperti:
1. Membaca lebih banyak buku2 ilmiah yang berbentuk fakta. Ya..buku ilmiah berbentuk fakta! Bukan komik, majalah gosip dll yang kurang berfaedah.. Lebih banyak fakta atau input yang diterima otak, lebih banyak input yang mampu disimpan..
2. Mengeluarkan semula fakta2 yang telah dihafal atau diingat menerusi perbincangan, menjawab soalan peperiksaan. Dengan cara ini, kita akan membantu otak untuk mencari dimana fail data yang telah dibaca sebelum ini dan secara tidak langsung meningkatkan kemampuan otak berfikir.
3. Sentiasa melatih otak untuk mencuba perkara yang baru. Dalam kata lain cabar kemampuan otak anda. Banyak melatih otak berfikir apabila melihat sesuatu perkara. Berfikir baik buruk sesuatu yang kita lihat..
4. Otak memerlukan tenaga dan rehat yang cukup seperti badan kita juga..=) Cara merehatkan otak adalah seperti berkelah atau bersia-siar di taman, bersukan, tidur yang cukup, membaca al-Quran dan solat sunat.
0 Comments