Aidil Adha atau Hari Raya Korban adalah hari istimewa dalam Islam. Dan ramai juga di kalangan kita, yg menunaikan ibadah Haji di Mekah.

Hari ini merupakan hari utk menghayati erti pengorbanan dan kita juga turut melakukan ibadah korban spt yg disyariatkn oleh agama.

Hidup ini memang penuh dgn pengorbanan. Pengorbanan di segi mental, fizikal, emosi dan spiritual dlm pelbagai aspek kehidupan.

Tanpa pengorbanan, akan hilanglah nilai2 di sebalik kehidupan ini. Segalanya krn yg Maha Pencipta. Kita sebagai manusia adalah tidak mampu menentukan sesuatu mengikut kehendak kita. Hanya Allah jua yg maha Pemberi dan maha Bijaksana. Dia yg terbaik utk kita berserah di atas segala pengorbanan. Bertawakal. Wallaualam..