Hi..

Tengah runsing nak atasi kulit berminyak ke??? :)

Jangan susah hati, kerana kita ada banyak tips untuk diamalkan seharian untuk mengatasi masalah kulit berminyak ni..antaranya:


  • bersihkan muka setiap hari sebanyak 2 kali sehari dengan pencuci yang tidak mengelupaskan kulit serta khas untuk kulit berminyak

Kesan daripada memakai produk bercampur-campur jenama dan memutihkan kulit dengan membuang lapisan epidermis juga merupakan penyebab lapisan kulit kita menjadi tidak normal. Pada permulaan memang kulit nampak licin dan halus tetapi untuk jangka waktu tertentu, ia akan mengundang masalah kesihatan kulit kita. Dengan ini, elakkan mencuba sebarang produk tanpa mendapat maklumat dan testimonial yang diyakini.


  • menggunakan pelembap untuk kulit berminyak
Dalam keadaan kulit berminyak, kulit kita tetap memerlukan pelembap. Kerana kulit yang mengandungi minyak hanya boleh diseimbangkan dengan pelembap yang berasaskan air. Oleh itu carilah pelembap yang khas untuk kulit berminyak dan memberi penghidratan sepanjang lebih 10 jam seharian.

  • memilih bedak asas yang khas untuk kulit berminyak
Di pasaran, terdapat berbagai-bagai jenis bedak asas dan bedak serbuk. Pilihlah yang tidak menutup liang roma (non-comedogenic), bebas minyak (oil free) dan sesuai dipakai untuk kulit berminyak.
Pada masa kini, kita lebih disarankan memilih kosmetik berasaskan mineral kerana ia membantu mencantikkan kulit kita dan memberi banyak manfaat lain.

  • apabila memakai kosmetik atau bermekap, bersihkan dengan make up remover yang bebas minyak
Untuk membantu mengurangkan minyak pada kulit, gunakan pembersih make up yang baik dan sesuai khas untuk menanggalkan mekap, yang tidak berasaskan minyak. Elakkan menggunakan 'baby oil' kerana ia tidak sesuai untuk menanggalkan mekap.

  • minum banyak air sekurang-kurangnya 6 gelas sehari
Kandungan air yang bersih, beralkali atau bermineral di dalam tubuh badan kita,juga menjadi penyumbang kepada keseimbangan kandungan minyak di lapisan kulit kita.