Pelbagai produk telah dibeli tapi tetap tidak dapat mengurangkan kesembapan mata. Selalunya petua yang paling mudah ialah memotong timun dan letakkannya di atas kelopak mata sambil berbaring. Tapi rasanya ia susah juga kerana terpaksa duk diam dan jika tertidur sudah pasti potongan timun tu pun berteraburan.
Kerana ini lah Mary Kay telah menyediakan satu produk yang sangat mudah untuk di sapu di mata. Boleh disapu bila-bila sahaja. Apabila mata rasa keletihan pun boleh juga. kerana ia memberi kesegaran semulajadi iaitu ekstrak timun.
Sebelum ni mata saya juga sering sembap. Tapi semenjak saya amalkan penggunaannya sejak 2009, berterusan saya jadikannya kemestian setiap pagi untuk disapu sebelum pakai liquid foundation dan juga sebelum tidur pada waktu malam, alhamdulillah! sudah banyak perubahannya.
Sekarang tidak risau lagi sekiranya kurang tidur, atau tidur lewat kerana siapkan assignment atau terlebih tidur, hehehhehe..mataku tetap segar dengan MARY KAY soothing eye gel.

0 Comments